Saturday, May 9, 2009

Rasanya sudah lama blog nih tak update, sejak lappy nih dihantar utk repair, maka semua kerja yg melibatkan penggunaan internet tergendala. Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apa yg terbaru di ladang aku nih, sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun, cuma aku telah mula berjinak-jinak dengan penternakan lembu pula....hehehehhehe, tapi baru cuma ade 3 ekor je, baru nak belajar-belajar.
Berkenaan dengan kambing pula, tengah mencari baka-baka yg lain, kambing yang ada banyak yang telah dijual, cuma tinggal beberapa ekor yang aku simpan untuk biakkan, kambing terbaru yang ade di ladang aku adalah baka toggenberg(betul ke ejaan nih?), tapi kambing nih jantan , umur lebih kurang 2 tahun mengikut kata pemilik asal. Aku nak cuba crosskan dengan baka saanen betina yg aku ade, nak tengok anak dia jadik macamana. Lupa plak nak beritahu kat sini, sebenarnya baka toggenberg nih adalah baka kambing susu tertua sebelum saanen, nanti aku update gambar.
Tentang unggas pula, sekarang nih musim hujan kat tempat aku, risau gak la, tapi dari pemerhatian aku unggas-unggas aku nampaknya boleh bertahan setakat nih, alhamdulillah, nampaknya semua sihat-sihat, anak-anak ayam mutiara yang aku beli dari Capt. Zaman pun dah besar-besar, tunggu masa nak lepaskan, tapi rasa macam sayang nak lepaskan, takut terbang dan tak balik......biar dulu la kot. Ayam belanda pula ada yang tengah bertelur dan ada yg telah menetas, rasanya ade lebih kurang 25 biji dalam inkubator tuh, yg dah menetas pula ade dlm 8 ekor semuanya, tapi masih lagik takde warna bourban red tuh, susah betul nak dapat warna tu, mmg patut la baka tuh dianggap 'rare' oleh segelintir penternak unggas.
rasenya dah panjang sangat nih, setakat ni dulu la dapat aku update untuk kali nih, bila ade masa nanti aku akan update gambar-gambar ternakan aku pulak.