Sunday, January 10, 2010

Bourbon Red Turkeys

This popular turkey is believed to have been developed from the Tuscarora Red turkey. The Tuscarora, or Tuscawara, was developed in Pennsylvania by selecting Buffs for darker color. The Tuscarora Reds were taken to Kentucky where their development was continued until the deep reddish-brown color of the Bourbon Red was finalized. At one time, they were called Bourbon Butternuts and/or Kentucky Reds, but the name or the variety did not become popular until around the turn of the century when they were promoted as the turkey from Bourbon County, Kentucky then they became known as the Bourbon Red and were excepted into the APA Standard in 1909, and Mr. Barbee of Bourbon County, Kentucky had been given credit for its origin.

The standard calls for a dark red plumage with white in the flight and tail feathers. The main tail feathers are crossed by a soft red bar near the end. Body feathers on the toms may be edged in black, though the less black, the better. The neck and breast feathers are mahogany, with a narrow edging of white present on the breast feathers of the females. The under feathers are light red shading to light salmon. The beak is a light horn color at the tip and dark at base and the eyes are dark brown. The beard is black and the shanks and toes are reddish pink. Their weights are 33 pounds for mature toms and 18 for mature hens. It has been a popular variety for many years, and today it remains the most numerous of Historical turkeys.

Their genotype is (b+b+rr) Bronze based and homozygous for recessive red.


Friday, December 4, 2009

Pencuri anak ayam

Salam kepada semua,
Hari nih merupakan hari bersejarah aku dan juga hari malang buat aku jugak, hari bersejarah tuh merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 5, syukur alhamdulillah, dah 5 tahun rupanya aku dah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 2 orang puteri dan juga merupakan buah hati aku......., nak dijadikan cerita jugak, harinih merupakan hari malang aku apabila anak-anak ayam kampung dan juga ayam mutiara telah dicuri. Anak ayam kampung dalam 40 ekor telah dicuri manakala anak ayam mutiara 4 ekor. Dua daripadanya adalah dari sahabat aku Junaidi a.k.a Hachiroku77, dan 2 lagi dari induk aku sendiri, mungkin takde rezeki agaknya, dgn kotak-kotak sekali diangkutnya, semoga tuhan saja yang membalasnya. Mungkin ini dugaan tuhan untuk aku, mungkin ada rahmat disebaliknya. Amin.....

Sunday, November 29, 2009

Inkubator




Salam semua,
Hari ini cuaca agak mendung, tapi ok lah tak hujan, waktu pagi aku agak sibuk harini, sebab ada customer beli kambing akikah 2 ekor, selepas subuh terus sembelih, lapah dan cincang halus, abis semua tuh, aku pun bagi makan ayam-ayam, angsa dan itik. Kutipan telur ayam kampung juga agak memberansangkan walaupun waktu hujan. Waktu tengahari pulak baru dapat rehat sikit, lebih kurang jam 2.40 pm, aku pun pergi ke petshop kat stadium, saja tengok apa yg ada kat sana, ada la jugak ayam belanda umur dlm seminggu la mcmtu, sekali dia punya harga tak boleh tahan, sekor rm25.....huhuuhuhuhuhu, anak ayam api2 pun ada jugak lebih kurang 50 ekor, umur lebih kurang seminggu jugak, harga pun sama mcm ayam belanda rm25 sekor.....dm hati aku berkata, untung besar cina tuh, cuba amik kita punya anak ayam belanda ke api2 ke, mesti paling tinggi dia amik rm10, lepas tuh jual rm25. Sebelum balik aku pun tgklah inkubator baru kat petshop tuh yang boleh memuatkan sebanyak 250 telur ayam kampung, harga pun boleh tahan jugak rm320, tawar punya tawar, dapat la kurang rm20, aku pun beli lah, sbb aku fikir, banyak telur ayam itik angsa yg perlu ditetaskan, so far aku tgk ok la inkubator baru tuh, konsep sama dgn yg lama , cuma ditambah tray lagi 2, so ada 3 tingkat tray la pada inkubator tuh, sebenarnya aku nak khaskan utk telur angsa dan itik sahaja dlm inkubator yg baru tuh, untuk ayam-ayam aku guna inkubator yg lama, so takdalah bercampur aduk, lagipun yg lama tak muat dah....hehehehhe, tu sebab beli yang baru, aku sertakan la jugak gambar inkubator yg baru tuh utk tatapan semua...ok lah utk harinih, nanti aku update lagi......bye......

Wednesday, November 18, 2009

Hujan, hujan dan hujan

Salam sejahtera semua....

Aku rase lama dah tak update blog nih, bz sket lately nih, lagipun tak tau nak tulis ape dah....hehehehhe, itu yg sebenarnya, buat mase nih tempat aku hujan sepanjang hari, kesian tgk ayam-ayam aku tuh, angsa dgn itik suka la, sampai berlondang tanah, adoi....., tapi aku rase semua kawan-kawan penternak mengalamai nasib yg sama waktu nih, masa aku pun jadik tak tentu sekarang nih, bila tak hujan aku pun terus gerak sabit rumput untuk kambing lembu, tak kira waktu dah, pagi ke, tengahari ke, petang ke, pernah satu hari tuh sampai nak maghrib, aku masih sabit rumput, maklumlah hujan sepanjang hari, dah petang baru berhenti, macam nih lah rutin aku musim hujan nih, nak tak nak kena buat jugak, dah tugas. Aku rase setakat nih la ye, takde idea dah nih, nanti aku update gambar pulak. Pada kawan penternak, harap bersabar menghadapi musim tenkujuh nih, "hujan rahmat"...salam semua.

Saturday, May 9, 2009

Rasanya sudah lama blog nih tak update, sejak lappy nih dihantar utk repair, maka semua kerja yg melibatkan penggunaan internet tergendala. Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apa yg terbaru di ladang aku nih, sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun, cuma aku telah mula berjinak-jinak dengan penternakan lembu pula....hehehehhehe, tapi baru cuma ade 3 ekor je, baru nak belajar-belajar.
Berkenaan dengan kambing pula, tengah mencari baka-baka yg lain, kambing yang ada banyak yang telah dijual, cuma tinggal beberapa ekor yang aku simpan untuk biakkan, kambing terbaru yang ade di ladang aku adalah baka toggenberg(betul ke ejaan nih?), tapi kambing nih jantan , umur lebih kurang 2 tahun mengikut kata pemilik asal. Aku nak cuba crosskan dengan baka saanen betina yg aku ade, nak tengok anak dia jadik macamana. Lupa plak nak beritahu kat sini, sebenarnya baka toggenberg nih adalah baka kambing susu tertua sebelum saanen, nanti aku update gambar.
Tentang unggas pula, sekarang nih musim hujan kat tempat aku, risau gak la, tapi dari pemerhatian aku unggas-unggas aku nampaknya boleh bertahan setakat nih, alhamdulillah, nampaknya semua sihat-sihat, anak-anak ayam mutiara yang aku beli dari Capt. Zaman pun dah besar-besar, tunggu masa nak lepaskan, tapi rasa macam sayang nak lepaskan, takut terbang dan tak balik......biar dulu la kot. Ayam belanda pula ada yang tengah bertelur dan ada yg telah menetas, rasanya ade lebih kurang 25 biji dalam inkubator tuh, yg dah menetas pula ade dlm 8 ekor semuanya, tapi masih lagik takde warna bourban red tuh, susah betul nak dapat warna tu, mmg patut la baka tuh dianggap 'rare' oleh segelintir penternak unggas.
rasenya dah panjang sangat nih, setakat ni dulu la dapat aku update untuk kali nih, bila ade masa nanti aku akan update gambar-gambar ternakan aku pulak.