Salam sejahtera semua....
Aku rase lama dah tak update blog nih, bz sket lately nih, lagipun tak tau nak tulis ape dah....hehehehhe, itu yg sebenarnya, buat mase nih tempat aku hujan sepanjang hari, kesian tgk ayam-ayam aku tuh, angsa dgn itik suka la, sampai berlondang tanah, adoi....., tapi aku rase semua kawan-kawan penternak mengalamai nasib yg sama waktu nih, masa aku pun jadik tak tentu sekarang nih, bila tak hujan aku pun terus gerak sabit rumput untuk kambing lembu, tak kira waktu dah, pagi ke, tengahari ke, petang ke, pernah satu hari tuh sampai nak maghrib, aku masih sabit rumput, maklumlah hujan sepanjang hari, dah petang baru berhenti, macam nih lah rutin aku musim hujan nih, nak tak nak kena buat jugak, dah tugas. Aku rase setakat nih la ye, takde idea dah nih, nanti aku update gambar pulak. Pada kawan penternak, harap bersabar menghadapi musim tenkujuh nih, "hujan rahmat"...salam semua.